Kedai Fizikal Vs Kedai Online

Salam sejahtera, pada artikel kali ini saya akan kongsikan kelebihan dan kekurangan atau pro kontra antara perniagaan yang mempunyai kedai fizikal dan kedai alam maya. Sebenarnya, masing-masing ada kebaikan dan kelemahan yang tersendiri, cuma terpulang pada kita untuk memilih yang mana satu. Apa yang penting sekali perlu mempunyai minat dalam perniagaan, usaha dan tawakal pada tuhan.

Seterusnya, kelebihan bagi kedai fizikal nampak gah, profesional, pelanggan boleh pegang dan rasai produk kita dan banyak lagi. Selain itu, boleh tarik trafik yang lalu lalang sekitar premis kita tersebut. 


Namun, kekurangan yang paling nyata sekali bagi kedai fizikal adalah harga yang perlu dibayar untuk menyediakan dan siapkan premis, seperti kos sewa/ beli, renovate kedai, apply lesen premis, apply lesen iklan dengan PBT, kos pekerja, utiliti dan sebagainya. Bukan sedikit kos yang perlu disediakan, minimum anggaran dalam RM30,000.00, ini berdasarkan pengalaman saya sendiri.

Sebaliknya, bagi kedai online atau perniagaan internet harga yang perlu dibayar untuk menyiapkan web hanya sekitar beberapa ribu ringgit sahaja termasuk domain, kos sewa server dan sistem. Kecuali, jika dapatkan khidmat saya hanya serendah RM800 sahaja untuk mendapatkan web yang sempurna seperti ini Portfolio 1, Portfolio 2 dan Portfolio3. Jika berminat sila emel pada saya -> ilhamjutawan [at] gmail dot com, sila tukar [at] kepada @ dan dot kepada titik.

Akhir sekali, perbezaan yang nyata antara kedai fizikal dan kedai online adalah harga yang perlu dibayar untuk mendapatkan kelebihan dan kekurangan masing-masing. Apa pun ianya terpulang kepada diri anda untuk memilih yang mana satu, jika anda belum cukup ilmu untuk menjalankan perniagaan internet, boleh dapatkan panduan dari A hingga Z dalam bentuk video yang berdurasi lebih satu jam. Dan pelaburan untuk ilmu ini disampaikan oleh 5 orang pakar yang tidak asing lagi dalam skop bidang masing-masing, seperti Rahman Basri, Zahrul Azua, Safuan dan Mohd Ilham yang merupakan bekas pelajar kepada Irfan Khairi.