Bila Masa Terbaik Untuk Mulakan Bisnes Online?

Salam sejahtera, seringkali saya ditanya bilakah waktu terbaik untuk memulakan bisnes online, terutama untuk pasaran dalam Malaysia. Mesti anda tertanya-tanya juga kan? bukan lagi rahsia bahawa untuk berjaya, perlu miliki ilmu pengetahuan yang mendalam dalam sesuatu bidang tersebut. Saya sendiri juga menjadikan misi diri sendiri untuk sering mencari ilmu perniagaan Internet dan Media Sosial tidak kira di mana sahaja.

Teringat masa saya buat case study semasa belajar di Universiti dahulu berkenaan bisnes online di Luar Negara yang mana mereka tidak perlu keluar rumah untuk membeli belah.

Di Malaysia pula, baru tahun lepas pembelian barangan dapur secara online mula meluas dengan pengenalan Tesco Online, promosi besar-besaran oleh LAZADA dan ZALORA. Begitu jauh beza penerimaan perniagaan Internet di barat berbanding dengan Malaysia. Ini merupakan berita baik sebenarnya !


Waktu inilah, waktu terbaik untuk memulakan perniagaan Internet di Malaysia oleh kerana lebih ramai rakyat Malaysia lebih bersedia membeli secara online. Tidak seperti 5-6 tahun dulu di mana ramai masih ragu-ragu dan takut melakukan belian di Internet. Biasalah perkara yang baru.

Sistem pembayaran secara online di Malaysia juga sudah semakin canggih dan selamat amat membantu dan menggalakkan lagi keusahawanan secara atas talian. Berita baik lagi, sekiranya anda berminat untuk memulakan perniagaan melalui Internet atau mengembangkan perniagaan anda sedia ada  di Internet.

Dapatkan dan download panduan bervideo berkenaan bisnes online yang dijelaskan oleh 5 orang pakar termasuk saya dalam skop masing-masing, seperti skop copywriting, pemasaran emel dan banyak lagi. Rugi jika anda tidak rebut peluang yang terhidang ini. Sila klik sini untuk dapatkan segera ! Atau klik pada banner dibawah ini.