Kedai Fizikal Vs Kedai Online

Salam sejahtera, pada artikel kali ini saya akan kongsikan kelebihan dan kekurangan atau pro kontra antara perniagaan yang mempunyai kedai fizikal dan kedai alam maya. Sebenarnya, masing-masing ada kebaikan dan kelemahan yang tersendiri, cuma terpulang pada kita untuk memilih yang mana satu. Apa yang penting sekali perlu mempunyai minat dalam perniagaan, usaha dan tawakal pada tuhan.

Seterusnya, kelebihan bagi kedai fizikal nampak gah, profesional, pelanggan boleh pegang dan rasai produk kita dan banyak lagi. Selain itu, boleh tarik trafik yang lalu lalang sekitar premis kita tersebut. 

Bila Masa Terbaik Untuk Mulakan Bisnes Online?

Salam sejahtera, seringkali saya ditanya bilakah waktu terbaik untuk memulakan bisnes online, terutama untuk pasaran dalam Malaysia. Mesti anda tertanya-tanya juga kan? bukan lagi rahsia bahawa untuk berjaya, perlu miliki ilmu pengetahuan yang mendalam dalam sesuatu bidang tersebut. Saya sendiri juga menjadikan misi diri sendiri untuk sering mencari ilmu perniagaan Internet dan Media Sosial tidak kira di mana sahaja.

Teringat masa saya buat case study semasa belajar di Universiti dahulu berkenaan bisnes online di Luar Negara yang mana mereka tidak perlu keluar rumah untuk membeli belah.

Di Malaysia pula, baru tahun lepas pembelian barangan dapur secara online mula meluas dengan pengenalan Tesco Online, promosi besar-besaran oleh LAZADA dan ZALORA. Begitu jauh beza penerimaan perniagaan Internet di barat berbanding dengan Malaysia. Ini merupakan berita baik sebenarnya !

Mitos Bisnes Online

Salam sejahtera, sepertimana tajuk diatas pada artikel kali ini saya kongsikan tentang mitos berkenaan perniagaan internet. Mitos bermaksud kepercayaan karut seseorang terhadap sesuatu fakta dan menjadi kefahaman dari satu generasi ke generasi baru dan seterusnya menjadi sebati. Dibawah ini saya senaraikan mitos berkaitan perniagaan internet yang harus dibetulkan.

Pertama sekali seharusnya, perlu tahu perniagaan online yang sebenar bukanlah:

Rahsia Pemasaran Perniagaan Internet

Salam sejahtera, tahniah kerana anda berminat untuk menjalankan perniagaan internet atau biasanya dipanggil bisnes online. Sedikit ringkasan, yang perlu saya ungkaikan pada perenggan pertama ini, iaitu mitos orang ramai berkenaan bisnes online mereka menganggap sebagai beberapa perkara dibawah ini:

1. Skim Multi Level Marketing (MLM).
2. Skim Cepat Kaya dan seangkatan.
3. Goyang kaki dapat duit.
4. Dan banyak lagi yang seumpamanya.

Pemasaran perniagaan internet perlu mempunyai produk tidak kira digital atau real, pengalaman saya daftarkan lesen perniagaan, pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan tanya anda, apa produk yang dijual? Walaupun anda nyatakan bisnes online. Ingat ya, bisnes online adalah satu kaedah atau cabang pemasaran.